Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap
Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia telah dinyatakan di dalam Bahagian 1: Tujuan dan Dasar; Dasar, Pertubuhan dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia (dibaca bersama semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968):
- Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Bahasa rasmi Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap adalah dalam bahasa Malaysia. Dalam keadaan tertentu, Persetiaan dan Undang-Undang boleh menggunakan bahasa Inggeris.
Persetiaan Pengakap
Persetiaan Pengakap Persesekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan spesifikasi sepenuhnya seperti berikut:
- Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya akan: -
- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
- Menolong orang pada setiap masa,
- Menurut Undang-Undang Pengakap.
- Dalam bahasa Inggeris:
On my honour, I promise that I will do my best:
- To do my duty to God, King and Country,
- To help other people at all times,
- To obey the Scouts' Law.
Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap Persesekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan spesifikasi sepenuhnya seperti berikut:
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
- Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di bawahnya.
- Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
- Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.
- Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.
- Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perentah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun semasa kesusahan.
- Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
- Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
|