Terlupa Katalaluan anda? Dapatkan gantian Katalaluan di sini.
Kepengakapan - Lambang Rasmi Persekutuan
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Lambang Rasmi Persekutuan
Lambang Berwarna
Lambang Monokrom
Kebenaran penggunaan Lambang Persekutuan
Seksyen 13; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 menetapkan:
Tiadalah sesiapa jua, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam secara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan.
(2) Tiadalah sesiapa jua boleh memiliki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di sisi undang-undang:
apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan hingga menyebabkan bahawa tanda tersebut dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambang itu; atau
apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana perkataan atau tulisan yang biasanya diguna bagi. memperihalkan mana-mana Pengakap hingga menjadi boleh tertipu atau terkeliru olehnya; atau
apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan-perkataan "Budak Pengakap" atau "Budak-Budak Pengakap".
Edaran
Tajuk Edaran
Fail Edaran
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Lambang Berwarna
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Lambang Monokrom