Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Matlamat dan Tujuan Perbadanan
Matlamat Perbadanan
Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:
- Matlamat Perbadanan adalah untuk menyediakan satu pertubuhan yang terbuka untuk semua Pengakap-Pengakap di Malaysia untuk membolehkan mereka memainkan peranan kepada hasrat dan maksud seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 5 Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Akta 409 Perundangan Malaysia), dan melaksanakan perkara-perkara lain sebagaimana Perbadanan atau Majlisnya berpendapat ia berkaitan atau membawa kepada pencapaian kepada tujuan tersebut.
Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan
Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:
- (1)Tujuan Perbadanan ialah bagi menggalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:
- melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;
- menanam sifat-sifat setia dan bertimbangrasa kepada orang lain;
- mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan
- memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.
(2)Prinsip-prinsip dan amalan-amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.
|