Ibu Pejabat Kebangsaan

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia

Perayauan
Daftar Masuk
Nama

Katalaluan



Terlupa Katalaluan anda?
Dapatkan gantian Katalaluan di sini.
Portal - Pengisytiharan

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Syarat-Syarat dan Peraturan-Peraturan

Penggunaan Laman web ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan:

  1. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia atau The Scouts Association of Malaysia adalah penyelenggara kepada laman web ini dan ianya adalah bersifat ehsan semata-mata kepada sesiapa pun pengguna yang memilih untuk melakukan capaian kepada laman web ini. Segala maklumat isi kandungan yang disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat semata-mata. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia mengizinkan sesiapa pun penguna untuk melawati dan melayari laman web ini dan memuat turun dan menyalin maklumat, bahan dokumen dan bahan isi kandungan dari laman web ini untuk tujuan kegunaan peribadi, tidak bersifat keuntungan, tanpa memberikan pengguna tersebut satu pemilikan hak untuk menjual semula atau menyebarkan atau mengumpulkan atau menghasilkan bentuk terbitan, tertakluk sepenuhnya kepada Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan yang digariskan di bawah, dan tertakluk kepada Tegahan-tegahan terperinci yang mungkin dikenakan terhadap bahan isi kandungan tertentu di dalam laman web ini.
  2. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia adalah pentadbir kepada laman web ini. Setiap bahan isi kandungan di dalam laman web ini adalah tersiar dan tertakluk di bawah peruntukan Syarat-syarat dan Peraturan-peraturan yang terkini dan semasa.
  3. Melainkan dinyatakan sebaliknya, segala penemuan dapatan, tafsiran dan kesimpulan oleh bahan isi kandungan laman web ini adalah hanya merupakan pandangan dan pegangan kakitangan, perunding dan penasihat kepada Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia semata-mata yang menyediakan segala bahan isi kandungan berkenaan dan tidak semestinya mencerminkan dan mewakili pandangan dan pegangan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

Kenyataan Penafian

  1. Di dalam keadaan di mana Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia berikhtiar untuk menyediakan bahan yang tepat di dalam laman web ini, ianya tidak memberikan sebarang apa-apa pun jaminan terhadap ketepatan bahan tersebut dari penyediaan perkhidmatan ini. Pengguna mesti merujuk kepada badan-badan asal atau jabatan-jabatan asal yang mengeluarkan dokumen untuk pengesahan ketepatan bahan tersebut.
  2. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia ada menyediakan pautan-pautan kepada beberapa laman web luaran, tetapi tidak sekali-kali mengambil sebarang tanggungjawab terhadap sebarang bahan isi kandungan di laman tersebut.
  3. Pengguna pautan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kegiatan muat turun sebarang bahan isi kandungan dan/atau sebarang yuran yang dikenakan terhadap kegiatan muat turun tersebut. Muat turun sebarang bahan isi kandungan tanpa keizinan pemegang Hak Cipta Terpelihara memungkinkan perlanggaran terhadap Undang-undang Hak Cipta Terpelihara Antarabangsa.
  4. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia tidak boleh dalam apa-apa keadaan pun dipertanggungjawabkan atau dimudaratkan terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang terhasil, termasuk kemusnahan terhadap perisian atau perkakasan, hasil dari penggunaan atau capaian ke laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara

Isi kandungan malaysiascout.org dan mana-mana sub domainnya adalah dilindungi sepenuhnya oleh peraturan-peraturan 'Creative Commons Public License (CCPL)'. Isi kandungan malaysiascout.org dan mana-mana sub domainnya adalah dilindungi sepenuhnya oleh Akta Hak Cipta Terpelihara dan atau oleh mana-mana pernyataan perundangan yang berkaitan dan berkenaan. Penggunaan semua isi kandungan tersebut selain dari yang diizinkan di bawah peruntukan lesen (CCPL) atau oleh Akta Hak Cipta Terpelihara adalah ditegah dan dilarang sama sekali.

Di bawah peruntukan'Creative Commons Public License (CCPL)' anda adalah bebas untuk:

  1. menyalin, menyebarkan, memaparkan, dan mempersembahkan hasil kerja karya.
  2. menghasilkan terbitan dari hasil kerja karya
Di bawah peruntukan-peruntukan berikut:

  • Punca. Anda mesti memberikan penghargaan kepada pengkarya asal.
  • Tidak-Bersifat-Keuntungan. Anda dilarang menggunakan hasil kerja karya untuk sebarang tujuan bersifat keuntungan .
  • Perkongsian Serupa. Jika anda meminda, mengubah, atau memperbaiki hasil kerja karya, anda dibenarkan menyebarkan hasil kerja karya itu dan ianya mestilah tertakluk dibawah kebenaran yang serupa dengan kebenaran ini.
    • Untuk sebarang penggunaan semula atau penyebaran, anda mesti memperjelaskan kepada pihak ketiga perihal kebenaran tertakluk di bawah Peraturan-peraturan hasil kerja karya asal ini.
    • Sebarang Syarat-syarat ini boleh diberikan pengecualian jika anda mendapat keizinan bertulis dari pemegang Hak Cipta Terpelihara.

Tanda Dagangan

Segala tanda dagangan, jenama, nama barangan dan hak milik dan hak cipta terpelihara di laman web ini adalah tanda dagangan, jenama, nama barangan dan hak milik dan hak cipta terpelihara oleh pemegang hak. Mereka dilindungi oleh Undang-undang Antarabangsa melalui Intellectual Property Protection Treaties dan tidak boleh diguna semula tanpa keizinan secara bertulis oleh pemegang hak. Untuk keterangan lanjut sila pihak-pihak yang berkenaan.

Am

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia memiliki hak mutlak di atas segala budi bicara kebijaksanaannya untuk mengubah, menghad atau menghentikan laman web ini atau mana-mana bahan paparan terkandung di dalamnya dari segenap sudut perkiraan. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia tidak sekali-kali berkewajiban untuk mengambil kira keperluan sesiapa pun pengguna di dalam tindakan tersebut.

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia memiliki sepenuhnya hak mutlak di atas budi bicara kebijaksanaannya untuk menidakkan capaian sesiapa pun pengguna kepada laman web ini atau sebahagian darinya tanpa perlu mengeluarkan sebarang apa-apa pun kenyataan atau kenyataan beramaran.

Tiada sebarang pengecualian diberikan di dalam peruntukan Peraturan-peraturan dan Syarat-syarat yang telah ditetapkan melainkan dengan keizinan bertulis dari wakil rasmi sah Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

Melainkan dinyatakan sebaliknya, segala maklumat di laman web ini adalah bebas untuk diguna semula oleh sesiapa pun jua dengan penyataan penghargaan terhadap sumber maklumat tersebut.