Ibu Pejabat Kebangsaan

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia

Perayauan
Daftar Masuk
Nama

Katalaluan



Terlupa Katalaluan anda?
Dapatkan gantian Katalaluan di sini.
Maklumat - Pasukan Pengakap

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Pasukan Pengakap

Pengakap Kanak-Kanak

Cogan Kata

  • Buat Sehabis Baik

Had Umur

Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Kanak-Kanak telah dinyatakan di dalam Perkara 227; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:

  1. Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 8 tahun, tetapi belum sampai umur 13 tahun. Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak-Kanak apabila dia telah sampai umur 13 tahun.

Pengakap Muda

Cogan Kata

  • Selalu Sedia

Had Umur

Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:

    1. Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
    2. Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.
    3. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16 tahun.

Pengakap Remaja

Cogan Kata

  • Pandang Luas

Had Umur

Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Remaja telah dinyatakan di dalam Perkara 247N; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:

247N.

    1. Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun.
    2. Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan Pasukan Remajanya apabila sampai umur 18 tahun.

Pengakap Kelana

Cogan Kata

  • Berkhidmat

Had Umur

Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Kelana telah dinyatakan di dalam Perkara 264; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:

    1. Dia mesti berumur sekurang-kurangnya 17.5 tahun dan seeluk-eluknya 18 tahun.

Didalam penerangan berkenaan Penubuhan Kumpulan Pengakap Kelana; Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana; Cetakan pertama 2009; menetapkan:

  • Sebuah krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama...