Terlupa Katalaluan anda? Dapatkan gantian Katalaluan di sini.
Maklumat - Bendera Rasmi Persekutuan
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Bendera Rasmi Persekutuan
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang.
Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap.
Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan.
Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.
Spesifikasi Bendera Rasmi Persekutuan
Bendera Rasmi Persekutuan mesti dengan selalunya dikeluarkan mengikut pematuhan spesifikasi sepenuhnya seperti berikut:
Bendera Rasmi Persekutuan boleh dimuat turun di bahagian Edaran.
Rupa bentuk dan pembahagian keseimbangan Bendera Rasmi Persekutuan tidak boleh diubahsuai.
Spesifikasi Bendera
Spesifikasi bendera rasmi Persekutuan
Spesifikasi warna Bendera Rasmi Persekutuan adalah seperti berikut:
HIJAU
CMYK : 100 (C) 100 (Y) 60(K)
RGB : 100 (G)
Edaran
Tajuk Edaran
Fail Edaran
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Bendera Rasmi
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Bendera Rasmi - Spesifikasi