Laman Utama · Pautan Pengakap · Ibu Pejabat Kebangsaan
Ibupejabat Kebangsaan

Persekutuan Pengakap Malaysia

Pilihan Bahasa
English
Pengemudian
Pengemudian Portal
Laman Utama
Artikel Pengakap
Perbincangan Pengakap
Pautan Pengakap

Kepengakapan
Lambang Rasmi
Visi Pengakap
Misi Pengakap

Organisasi Pengakap
Majlis Pengakap
Exco Pengakap
Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Pesuruhjaya Negeri
Kakitangan Ibu Pejabat

Aktiviti Pengakap
Aktiviti Antarabangsa
Aktiviti Kebangsaan
Galeri Gambar

Edaran Pengakap
Edaran Am
Edaran Program
Edaran Latihan

Perhubungan
Ibu Pejabat Kebangsaan
Ibu Pejabat Negeri
E-Mail


E-Mail Pengakap
Log Masuk
Kata Nama

Kata Laluan



Terlupa Kata Laluan?
Dapatkan yang baru di sini.
Pesanan Ringkas

Persekutuan Pengakap Malaysia


PESANAN

Acara akan datang
Persekutuan Pengakap Malaysia


Persekutuan Pengakap Malaysia(The Scouts Association of Malaysia, PPM) adalah merupakan sebuah badan beruniform yang ditubuh dan diselia oleh peraturan Akta Parlimen melalui Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) Akta 1968. Persekutuan Pengakap Malaysia adalah merupakan sebahagian dari pergerakan pengakap sejagat dan merupakan negara ahli kepada Organisasi Pergerakan Pengakap Sedunia ( World Organization of the Scout Movement (WOSM)).

Blog dan Laman Web Pengakap

Blog dan Laman Web Pengakap

Ahli Persekutuan Pengakap Malaysia tidak dibenarkan menzahirkan pandangannya terhadap perkara-perkara berkaitan polisi atau terhadap sebarang perkara seolah-olah, mereka bercakap atau menyumbangkan bagi pihak Persekutuan apabila menulis apa-apa sahaja berbentuk artikel, tersiar melalui siaran awam sama ada berbentuk bercetak atau berbentuk elektronik, bercakap di radio atau apabila ditemuramah oleh akhbar, tanpa memperolehi kebenaran bertulis daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Sehubungan dengan perkara di atas, satu edaran terhadap garis panduan boleh diperolehi melalui muat turun bahan di bahagian - Edaran Am : Laman Web dan Blog Pengakap.

Semua ahli Persekutuan mestilah mematuhi Kaedah-Kaedah dan Undang-Undang Kecil di bawah Undang-Undang Malaysia Akta 409, Persekutuan Pengakap Malaysia(Pemerbadanan) Akta 1968 (Semakan-1989) dan Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia; Peraturan 35:

Akhbar bercetak (dan berbentuk eletronik), Siaran Radio dan Televisyen, Filem dan penerbitan-Penerbitan.
35 1) Ahli-ahli Persekutuan Pengakap Malaysia tidak dibenarkan mengeluarkan fikiran mereka didalam akhbar atau melibatkan diri meneka dalam penyiaran radio (atau sebarang penyiaran audio) atau talivisyen (atau sebarang terbitan elektronik) dalam sebarang perkara berkenaan dengan dasar Pengakap atau perkara-perkara mengenai Pergerakan Pengakap dengan tidak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pesuruhjaya Negara.
(2) Sungguh pun begitu, Majlis-Majlis Pengakap Negeri boleh mengeluarkan pemberitahu-pemberitahu dan laporan-laporan di atas gerakerja-gerakerja ahli-ahli mereka kepada akhbar dan boleh juga menerbitkan risalah-risalah dan buku-buku bagi perkembangan Pergerakan Pengakap dalam Negeri mereka masing-masing, tetapi hendaklah mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Kerja dan dalam perkara buku-buku dan risalah-risalah, kandungan-kandunganya hendaklah dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara bagi persetujuannya dan apa yang tidak dipersetujukan tidak boleh diterbitkan.
(3) Majlis Pengakap Negeri boleh, dengan kebenaran Persuruhjaya Negeri, menerbitkan dan menggalakkan penerbitan Majalah Pengakap asalkan apa yang diterbitkan tidak melanggar dasar dan tujuan bagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.


Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23


THE YEAR IS 2009, THE PLACE IS MALAYSIA



Malaysia mengalu-alukan kehadiran perwakilan, pemerhati dan individu-individu pengiring di Kursus Rantau Asia-Pasifik untuk Jurulatih (CLT), Forum Belia Pengakap Rantau Asia-Pasik ke 6 dan Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23.

Kursus Rantau Asia-Pasifik untuk Jurulatih (CLT)



Kursus Rantau Asia-Pasifik untuk Jurulatih (CLT) akan dikendalikan bermula dari 19hb Oktober 2009 hingga 25hb Oktober 2009 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Forum Belia Pengakap ke 6



Forum Belia Pengakap ke 6 akan dikendalikan bermula dari 22hb Oktober 2009 hingga 25hb Oktober 2009 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23



Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23 akan diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bermula dari 27hb Oktober 2009 hingga 1hb November 2009.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Persidangan Pengakap Rantau Asia-Pasifik ke 23, sila lawati laman sesawang 23aprconf.malaysiascout.org

Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia 2010

Persekutuan Pengakap Malaysia

Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia 2010

Proses pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia 2010 akan dilakukan secara selari:

 Sila hantar Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran anda ke
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negeri-Negeri dimana anda berdaftar.
 Sila hantar Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran secara soft copy melalui sistem Penghantaran Dokumen Pembaruan Pendaftaran Persekutuan Pengakap Malaysia di www.malaysiascout.org

Tujuan proses ini dilakukan adalah untuk pembangunan perisian pendaftaran secara terus yang akan dilakukan dimasa hadapan.

Segala kerjasama dari anda, didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima kasih kerana menjayakan Persidangan Pengakap

Maskot Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke 23 

Persidangan Berjaya! - Terima Kasih

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dihulurkan kepada setiap individu yang membuatkan Persidangan pengakap Rantau Asia Pasifik ke 23 tahun 2009 mencapai satu kejayaan yang gemilang. Peranan dan daya usaha anda adalah merupakan sebahagian dari pencapaian peristiwa yang terpahat dalam ingatan, keinginan, dan aksi yang jelas menunjukkan kita adalah dalam lonjakan ke era baru kepengakapan, dan menuju ke arah yang perlu ditujui.

Sememangnyalah terdapat permasalah dari segi teknikal dan kekurangan disepanjang penganjuran - dan kita mengambil rasa penuh tanggungjawab terhadapnya - namun secara keseluruhannya maklum balas yang diterima adalah bersifat baik.

Sesi-sesi - adalah cemerlang. Dan kita telah membina satu pergerakan dan rangkaian sukarelawan, rakan sekerja, dan pakar-pakar yang kita amat yakini akan memainkan peranan membentuk pergerakan kita dimasa hadapan.

Terima kasih kepada setiap individu secara perseorangan - para perwakilan, para pemerhati, para pengiring, para tetamu, para sukarelawan, para penceramah, para perantara, dan ahli panel; para penaja, penaja bersama dan para peserta pameran; Organisasi-Organisasi  Pengakap Kebangsaan; para penerima pingat-pingat dan rakan sekerja serta keluarga mereka; - untuk setiap peranan yang telah anda laksanakan, sumbangan yang anda berikan, kemahiran, keikhlasan dan kesabaran, dan dedikasi bakti yang telah diperuntukan untuk persidangan ini.

Senarai secara individu akan membuatkan berita ini terlalu panjang dan menjadi tidak bermakna melainkan kepada individu yang dinamakan, tetapi kami ingin untuk memperuntukkan siaran seumpama itu secara atas talian.

Sekali lagi, Terima Kasih.


THE YEAR IS 2009, THE PLACE IS MALAYSIA
SCOUTS~CAPITAL FOR PEACE

Admin
23aprconf.malaysiascout.org


Kumpulan Pertama Pengakap Gilwell Park



Kumpulan Pertama Pengakap Gilwell Park
 
Satu laman web telah dilancarkan untuk Ahli-ahli Kumpulan Pertama Pengakap Gilwell Park ( 1st Gilwell Park Scout Group ).

Semua pemegang Manik Kayu yang sah dari seluruh dunia adalah dengan sendirinya tergolong ke dalam Kumpulan Pengakap ini dan laman web ini ditujukan khas untuk mereka. 

Terdapat pelbagai maklumat menarik boleh diperolehi dari laman web ini termasuk:

 

Sejarah Gilwell Park dengan gambar-gambar dan imej 
 *Gilwell Park ketika ini termasuk acara-acara dan tempahan lawatan
 Bagaimana anda boleh menyokong Gilwell Park
 Maklumat Kursus Manik Kayu dari 1919
 Maklumat Perjumpaaan semula Gilwell dan gambar 
 Dan banyak lagi maklumat menarik untuk dilawati 

Semua pemegang Manik Kayu yang sah boleh melawati dan mendaftarkan perincian diri mereka dengan Gilwell Park di the United Kingdom: www.1stgilwellpark.org
  
Zon Waktu Malaysia
Calendar
Mac
ISRKJSA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Events
Click here for more
Keahlian Pengakap

Penaung Utama



Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku
Mizan Zainal Abidin
Ibni Al-Marhum Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Presiden Kehormat



Yang Berbahagia Tun
Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi

Ketua Pengakap Negara



Y. Bhg. Dato’ Seri
Dr. Hj. Shafie
bin Hj. Mohd Salleh

Ketua Pesuruhjaya Pengakap negara



Y. Bhg. Dato’
Hj. Kaharudin bin Momin

Pautan Pengakap



Persekutuan
Pengakap Malaysia







Organisasi Dunia
Pergerakan Pengakap




Pejabat Pengakap Dunia
Rantau Asia-Pasifik




Persidangan Pengakap
Rantau Asia-Pasifik ke 23


Pendaftaran 2010



Persekutuan
Pengakap Malaysia